LOve
Wednesday, October 24
Jika !
Jika anda sukakan seseorang,
Luahkan...
Mungkin si dia juga menyimpan perasaan yang sama seperti anda
Jika anda membenci seseorang,
Pendamkan saja...
Mungkin kebencian anda akan membawa kemusnahan
Jika anda berasa kesunyian,
Carilah teman..
Mungkin teman anda juga memerlukan seseorang untuk berbicara
Jika anda perlu membuat pilihan,
Fikirlah semasak-masaknya..
Mungkin pilihan anda akan mengubah seluruh hidup anda selepas itu
Jika anda berasa dipulaukan oleh orang sekeliling anda
Buang perasaan itu jauh-jauh..
Mungkin itu hanya perasaan anda semata-mata
Jika anda berasa anda betul,
Tanyalah diri anda berkali..
Jika anda ingin mengalah,
Bertahan dulu..
Mungkin kekuatan anda akan datang bila-bila masa dari sekarang
Jika anda xsuka dengan perangai saya,
sila beritahu kerana,
saya bukan seorang yang sempurna,
tetapi saya ingin menjadi yang terbaik
untuk mereka yang mengenali saya=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment